ZAMANI TIDAK PERNAH BERTANYAKAN SOAL KEHILANGAN WANG DARI AKAUN BANK NYA-PENGURUS PERIBADI

Kalau diikutkan populariti kumpulan Slam, pastinya Zamani mempunyai sejumlah wang yang agak banyak di dalam akaun banknya. Hampir kesemua lagu nyanyian Zamani berhantu, dijual dengan banyak dan seringkali dimuatturun. Namun apabila bercakap tentang royalti, kebiasaannya hanya penulis dan pencipta lagu sahaja yang mendapatnya. Sementara penyanyi seringkali mendapat bayaran secara ‘one off payment’.
Hari ini kecoh sebentar dunia hiburan apabila peguam Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap. Ahmad Zaharil telah memaklumkan yang Zamani telah bertanya ke mana perginya wang di dalam bank akaunnya.
zamani slam
Ada yang pelik kenapa perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Zamani dan mempersoalkan keikhsan Ahmad Zaharil membantu penyanyi tersebut. Namun Ahmad Zaharil ada penjelasan tersendiri.
zamani slam
Tampil mahu menjelaskan keadaan tentang kontroversi wang lesap ini, pengurus peribadi Zamani Slam iaitu Aalan Ahmad memaklumkan dakwaan Ahmad Zaharil itu tidak berasas sama sekali. Malah Aalan Ahmad turut mempersoalkan sama ada pertanyaan tentang wang itu betul-betul datangnya dari mulut Zamani. Kata Aalan:-
Saya sudah bersama Zamani sejak 1994 dan dia tidak pernah cerita apa-apa kepada saya tentang kehilangan wang daripada akaun banknya. Persoalan di sini adakah benar kenyataan itu datang daripada mulut Zamani sendiri? Saya sudah bersama Zamani terlalu lama dan kenapa sekarang baharu isu sebegini ini ditimbulkan. Sekiranya benar apa yang didakwa itu keluar daripada mulut Zamani sendiri, lakukan siasatan kerana sebagai peguam dia lebih mengetahui caranya
zamani slam

0 Response to "ZAMANI TIDAK PERNAH BERTANYAKAN SOAL KEHILANGAN WANG DARI AKAUN BANK NYA-PENGURUS PERIBADI"

Post a Comment