Neelofa Kongsi Gambar Tak Bertudung Di Instagram


Salah satu babak lakonan Neelofa dan Fahrin dalam filem Pilot Cafe.Salah satu babak lakonan Neelofa dan Fahrin dalam filem Pilot Cafe.
Pelakon jelita, Neelofa berharap penampilannya yang tidak bertudung dalam filem terbaharu, Pilot Cafe, tidak terus dipandang negatif oleh masyarakat sebaliknya berharap ia dapat diterima penonton.
Neelofa, 26, yang ditemui pada majlis pra-tonton filem berkenaan berkata, dia bersyukur kerana filem arahan Osman Ali itu ditayangkan selepas perubahan dirinya yang kini tampil dengan imej berhijab.
"Bila saya berkongsi poster filem ini di Instagram, ramai yang menegur kenapa saya muat naik gambar yang tidak bertudung?
"Pertama, filem ini telah dihasilkan dua tahun lalu iaitu pada 2013. Kedua, benda ni melibatkan banyak pihak.
"Ketiga, saya bersyukur kerana filem ini keluar sekarang dan orang boleh tengok saya dari dua sisi berbeza.
"Dua tahun lepas, saya seorang yang lain dan sekarang orang nampak saya menerusi sisi yang lebih berbeza. Pendek kata sesiapa saja mampu berubah, pada bila-bila masa.
"Saya sudah jalankan tanggungjawab saya dalam filem ini. Ya, kalau boleh memang saya mahu buat suntingan terhadap babak yang melibatkan diri saya tapi saya tak boleh lakukannya," katanya ketika ditemui di GSC, Nu Sentral, semalam.
..
Memengang watak sebagai pramugari bernama Sharmila, meskipun perwatakan tersebut tidak berhijab dan tambah malang gadis itu hamil anak luar nikah tetapi kata Neelofa, dia sendiri mendapat banyak pengajaran menerusi karakter berkenaan sekaligus memberi kesan mendalam pada dirinya.
"Ada juga yang bertanyakan tentang tindakan saya terima watak gadis hamil anak luar nikah? Tetapi pada saya, tidak. Sebab di kehidupan realiti kita sendiri pun tahu yang perkara sebegini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat.
"Justeru, filem ini memberi pengajaran kepada masyarakat terutama pada wanita yang lebih muda mahupun seusia dengan saya bahwa jika kita terjebak dengan perbuatan itu, kita akan tanggung akibatnya.
"Saya banyak belajar daripada karakter Sharmila iaitu, kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi kita belajar dari kesilapan itu dan teruskan hidup dengan membuka lemaran baru. Bukan dengan asyik terus menyalahkan diri.
"Karakter itu juga mengajar saya menjadi seorang yang berani berdepan dengan kesilapan, berdikari, memberi peluang pada diri sendiri, memaafkan orang lain dan meneruskan hidup," tuturnya.
Sewaktu penggambaran dia mengakui agak gementar kerana harapan yang tinggi diletakkan dibahu untuk mempotretkan karakter berkenaan.
Begitupun, dia mendapat latihan yang secukupnya dari guru lakon Ellie Suriati.
"Karakter kali ini berat dan saya akui gementar kerana pihak penerbit dan kru produksi meletakkan harapan tinggi. Jadi, saya tak mahulah jadi penyebab kepada hasil yang tidak baik.
"Namun, sebelum masuk ke set, saya bersama barisan pelakon lain diberikan latihan oleh Kak Ellie. Saya bekerja keras untuk filem ini dan sudah berikan yang terbaik," tuturnya.
..
Pilot Cafe turut dibintangi barisan pelakon Fahrin Ahmad, Izarah Aishah, Remy Ishak, Aishah Ilyas, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.
Filem terbitan Asto Shaw dan Tarantella Pictures ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air mulai 30 April ini.

0 Response to "Neelofa Kongsi Gambar Tak Bertudung Di Instagram"

Post a Comment