"Bekalan amalan saya di akhirat nanti," demikianlah kata Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, yang kini sedang mengusahakan sekolah tahfiz bersama seorang rakannya.
"Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat. Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah.
"Sekolah tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh. Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.
"Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan," ujar Amy dipetik sebagai berkata.
Alhamdulillah, semoga niat murni Amy dipemudahkan oleh Allah S.W.T.
0 Response to "SAYA RANCANG INGIN TAMBAH SEKOLAH TAHFIZ - AMY SEARCH "
Post a Comment