HIDAP KANSER TAHAP 1 - MAK JAH, SENYUM DALAM DERITA



"Lama tak jumpa Mak Jah, last kami bekerjasama masa 'shoot' telefilem Paku Di Dinding Hati versi 1st dalam tahun 2008. Mak Jah jadi jiran sekampung, aku budak kolej... *ok, tu citer lama. tak penting*

"Yang penting, selepas Mak Jah didiagnos mengidap kanser rahim stage 1 tahun lepas, dia tetap tabah. Cuma, itu lah, di usia 67, apa sangatlah kudratnya untuk terus berlakon. Tapi nak tak nak, dia perlu juga terus bekerja untuk tampung perbelanjaan rawatan dan beli ubat yang mahal.

"Mak Jah perlukan sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan (kos ubat kanser saja sudah RM2,400 sebulan, belum lagi campur kos ubat untuk kencing manis dan darah tinggi). Pada mana-mana rakan produser dan pengarah yang perlukan khidmat Mak Jah, silakan.






"Bukan minta simpati, tapi peluang dan ruang untuk Mak Jah terus berkarya. Tak dapat bagi watak utama pun takpe, janji job tak putus. Insya Allah, semoga dipermudahkan," demikian tulis Amirul Haswendy, seorang rakan kepada pelakon Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 68.

Untuk info, Mak jah pada bulan lalu telah mengesahkan yang dirinya mengidap kanser tahap 1.



"Ketika dapat tahu mengenai penyakit itu, saya mula tidak tentu arah, terkejut dan buntu. Namun, doktor memainkan peranan dengan memberi khidmat nasihat agar saya tidak tertekan.

"Mula dari saat itu, saya bergantung dengan ubat-ubatan sehingga kini. Alhamdulillah, dua tapak barah yang dikesan doktor sudah hilang dan tinggal satu lagi yang masih ada," ujar Mak Jah baru-baru inia.

Doa kita, moga Mak jah tabah menghadapi dugaan Allah.

0 Response to "HIDAP KANSER TAHAP 1 - MAK JAH, SENYUM DALAM DERITA "

Post a Comment