7 Gambar Sekitar Pernikahan Rahsia Siti Elizad January Lalu?




Berita tentang pernikahan pelakon yang semakin popular semenjak membintangi drama Teman Lelaki Upahan ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengakui bukan sengaja mahu merahsiakan rumahtangga yang dibina sejak Januari lalu.

Menerusi akaun Instagram beliau pada hari ini, Siti Elizad berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan beliau bersama lelaki pilihan bernama Shamsul Baharin.

Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu yang disempurnakan bapa pengantin perempuan sendiri, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.

Buat anda para peminat Siti Elizad, berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan itu untuk tatapan anda. Kacak juga ya suami Siti Elizad, bertuahlah badan dan semoga berbahagia hendaknya pasangan ini ke akhirnya







0 Response to "7 Gambar Sekitar Pernikahan Rahsia Siti Elizad January Lalu?"

Post a Comment