"Saya mengirimkan mesej menerusi WhatsApp kepadanya (lelaki yang didakwa Adi) terlebih dahulu," demikian pengakuan Nooraida Abdul Mutalib, 30, isteri orang yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra.
Dakwanya, ketika itu pelakon terbabit akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah,
jadi dia mengirimkan ucapan selamat kepadanya dan mendoakan agar doanya dimakbulkan di sana.
"Selepas itu, kami sering berbalas-balas mesej. Dia juga mengirimkan gambar berbentuk 'selfie' kepada saya.
"Selepas itu, kami sering berbalas-balas mesej. Dia juga mengirimkan gambar berbentuk 'selfie' kepada saya.
Sebagai peminat yang memang meminati dia dan lakonannya,
sudah tentu saya teruja apabila dia membalas WhatsApp dan mengirimkan gambar kepada saya.
"Dia romantis, pandai pujuk saya, saya pun ada kirimkan gambar berbentuk 'selfie' tapi gambar tersebut
"Dia romantis, pandai pujuk saya, saya pun ada kirimkan gambar berbentuk 'selfie' tapi gambar tersebut
tidak keterlaluan. Apa yang membuatkan saya betul-betul terkejut apabila dia mengirimkan gambar-gambar lucah
yang dipercayai adalah dirinya.
"Saya tertanya sendiri dan seakan tidak percaya, betul ke ini dia? Menyedari perkara itu salah,
"Saya tertanya sendiri dan seakan tidak percaya, betul ke ini dia? Menyedari perkara itu salah,
saya berhenti dari membalas WhatsApp. Semasa saya berbalas-balas WhatsApp pun,
saya menjaga pertuturan saya. Walaupun sudah berhenti, dia pandai memujuk rayu.
Apabila suami saya dapat ketahui perkara ini, saya berterus terang pada suami saya,"
Dakwa Nooraida dipetik sebagai berkata.
Ditanya apakah dia tidak gentar jika aibnya dan suami dibuka dengan lebih lanjut apabila
Ditanya apakah dia tidak gentar jika aibnya dan suami dibuka dengan lebih lanjut apabila
mereka memutuskan untuk memanjangkan perkara ini, Nooraida punya alasan tersendiri.
"Selama empat bulan ini, macam-macam orang berkata. Saya biarkan sahaja. Saya menyesal dengan
"Selama empat bulan ini, macam-macam orang berkata. Saya biarkan sahaja. Saya menyesal dengan
perbuatan saya. Sekarang semua orang pun sudah tahu.
Saya cuma mahu menegakkan kebenaran dan membersihkan nama yang sudah tercalar,"
katanya kepada media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
0 Response to "(4 Gambar) Saya Mengirimkan Mesej Menerusi WhatsApp Kepadan Adi Terlebih Dahulu?- Nooraida"
Post a Comment