Julia Perez Kongsi Rahsia Susuk Tubuh Menawan



Sebut sahaja nama Julia Perez atau Jupe, semua orang pasti kenal dengan selebriti panas Indonesia ini yang sering menimbulkan kontroversi dan gosip panas termasuklah yang melibatkan peribadinya sendiri.



Julia Perez terkenal dengan cerita dan kontroversi tentang susuk tubunya yang sangat seksi selain dari gosip tentang kisah percintaan dan perkahwinan dengan seorang pemain kelab bola sepak Indonesia. Nama Jupe juga menjadi bahan bualan ramai apabila beliau disahkan menghidap sejenis penyakit berbahaya iaitu Barah Serviks.

Susulan dari penyakit itu, beliau sering menjalankan terapi dan rawatan untuk melawan barah yang dihidap bagi kelangsungan aktiviti harian dan juga untuk kariernya sebagai  selebriti.

Salah satu yang diamalkan oleh Jupe adalah aktiviti sukan dimana sukan merupakan salah satu penyumbang Sukan antara penyumbang kepada susuk tubuhnya yang menawan dan menjadi idaman ramai wanita. Menurut Jupe, sukan bola tampar merupakan antara pilihan utama dalam menjaga susuk tubuhnya.

Julia Perez ketika bermain sukan bola tampar


    “Ya, sukan memang banyak dipercayai boleh untuk menjaga dan membentuk tubuh agar tetap langsing dan sesuai”.


Kalau menurut anda, gambar diatas sesuai tak dengan aktiviti yang julia sedang lakukan? Tapi bagi kami, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana Julia memang selalu berpakaian agak seksi walau apa pun yang beliau lakukan. Mungkin inilah 'trademark' Julia Perez untuk mengekalkan popularitinya dikalangan ratusan mahu pun ribuan artis di Indonesia.

0 Response to "Julia Perez Kongsi Rahsia Susuk Tubuh Menawan "

Post a Comment