HISAP ROKOK DALAM RUNNING MAN - JI SUK JIN TERUK DIKRITIK


 

Peserta Running Man yang sering digelar 'hidung besar' iaitu Ji Suk Jin teruk dikecam gara-gara menghisap rokok elektronik dalam salah satu siri tersebut. Lebih teruk, episod itu juga tidak disunting dan disiarkan untuk tontonan baru-baru ini. 

Meskipun pihak produksi telah memohon maaf atas kecuaian yang tidak disengajakan itu, namun mereka dan Suk Jin telah menerima banyak komen negatif daripada peminat di Korea hingga ada yang mendakwa memberi pengaruh buruk pada penonton generasi muda. 

Untuk info, semua rancangan yang diterbitkan stesen televisyen di Korea tidak dibenarkan melibatkan adegan rokok disiarkan. 

 



"Insiden itu sebenarnya diambil sewaktu mereka sedang berehat dan dia (Suk Jin) sangka babak itu tidak akan disiarkan dalam episod tersebut jadi sebab itu dia menggunakan rokok elektronik tersebut. 

"Kami memohon maaf atas kesusahan yang timbul. Apa pun alasannya, babak yang sepatutnya tidak disiarkan telah tersiar. 

Salah satu babak dalam running man di mana Ji Suk Jin 
menghisap rokok - Klik gambar untuk size besar
 

"Pihak kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada penonton dan selepas ini kami akan memberikan tumpuan dan lebih berhati-hati sewaktu penggambaran," kata jurucakap bagi pihak Ji Suk Jin. 

"Pihak produksi ingin mohon maaf atas perkara yang berlaku. Ini merupakan kecuaian pihak produksi dan kami akui terlepas pandang babak tersebut kerana babak itu sangat pendek," ujar wakil pihak produksi pula dipetik sebagai berkata. 

 

0 Response to "HISAP ROKOK DALAM RUNNING MAN - JI SUK JIN TERUK DIKRITIK"

Post a Comment