Biodata Dan 13 Gambar Cun Mia Ahmad, Heroin Drama Hati Perempuan -TV3



Adakah drama Hati Perempuan yang diterajui pelakon Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan bakal menewaskan drama Rindu Awak 200% sebelum ini yang menjadi kegilaan ramai. Sebelum ini ‘Hati Perempuan: Syarul Ridzuan, Mia Ahmad Taruh Harapan‘ dek kerana ramai yang menganggap lakonan mereka nampak sedikit kaku. Kini  semakin ramai yang menyokong watak mereka di dalam drama Hati Perempuan TV3 kerana selalu sahaja kelihatan romantis. Malah tanpa disedari juga hati penulis sudah jatuh hati dengan drama Hati Perempuan yang rancak bersiaran di TV3 pada setiap isnin hingga khamis jam 7 petang.




Sinopsis drama Hati Perempuan yang mengisahkan Yuhanis (Mia Ahmad) seorang perempuan tegas, bekerja sebagai arkitek di syarikat Izzudin & Co. Yuhanis dilamar oleh Tengku Zaril (Syarul Ridzwan) iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Paradigma Holding yang dianggapnya sebagai lelaki kaya yang sinis serta menjengkelkan walaupun sering berselisih faham antara satu sama lain. Drama ini semakin meletop setelah ramai jejaka di luar sana sudah jatuh hati dnegan gadis bertudung ini. Yelar kan ‘8 Gambar Comel Heroin Hati Perempuan, Mia Ahmad‘ kini semakin meletop diGosipMalaysia.



Apa yang paling penulis suka tentang perwatakan Mia Ahmad ialah kisah ‘Mia Ahmad Tolak Tawaran Berlakon Jika Tidak Hormati Statusnya Bertudung‘ memang patut dipuji. Kini, pasti ramai yang ingin mengetahui biodata Mia Ahmad yang boleh dikatakan masih berwajah baru dalam industri hiburan.
Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
Facebook: http://on.fb.me/1DaAWX5
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan











0 Response to "Biodata Dan 13 Gambar Cun Mia Ahmad, Heroin Drama Hati Perempuan -TV3"

Post a Comment