"Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut," ujar Farid Kamil mengenai kontroversi yang melanda isterinya Diana Danielle apabila memperagakan pakaian agak seksi dalam majalah Esquire Malaysia edisi Mac.
Meskipun mengakui terkilan dengan kontroversi tersebut, namun Farid berkata, pihak pengurusan isterinya iaitu Prokuya Studio yang dimiliki oleh adiknya Fadzil Zahari yang seharusnya mmberi penjelasan.
"Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu," tambahnya.
"Saya menganggap kontroversi yang terjadi kepada isteri saya sebagai sesuatu perkara terlalu berat yang tidak dijangka.
"Perkara ini sangat tidak dijangka dan bagi saya dalam perjalanan seseorang untuk menjadi legenda banyak cabaran dan ujian yang harus dilalui," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada Mstar.
Untuk makkluman, majalah tersebut adalah majalah bagi gaya hidup lelaki yang turut memaparkan beberapa lagi gambar seksi dengan ditutupi bendera Amerika.
Akibatnya, ramai pihak dan peminat pelakon itu melahirkan rasa tidak puas hati kerana merasakan ia keterlaluaan.
0 Response to "ISU ISTERI BERGAMBAR SEKSI - FARID KAMIL TERKILAN TAPI ENGGAN KOMEN "
Post a Comment