Eksklusif Kisah Isteri Dan Bekas IsteriDatuk K

Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa (atau juga dikenali sebagai Datuk K) adalah seorang usahawan Melayu di Malaysia. Dato’ Sri Khalid menjadi terkenal kerana memperisterikan penyanyi terkenal Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin.
Sebelum itu, Dato’ Sri Khalid telah pun berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham sebelum bercerai pada 2004. Mereka memiliki empat orang anak, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib,Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.
 

Ini bekas isteri Datuk K Sebelum Kahwin Dengan Siti, Tengku Zawyah


Anak-anak Datuk K bersama Datin Zawyah

Berkahwin pada 12 Mei 2011 dengan Datuk Joseph King atau nama Islamnya Rayyan JK Abdullah



bekas wife
---------
Noreen Noor – Anak kelahiran singapura, anak kelima daripada enam beradik merupakan anak manja kepada pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohd. Nor Ahad.
Pernah popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Noreen dikatakan pernah berkahwin dan menjadi isteri ke dua Datuk K, tapi tak lama.




Biodata Noreen Noor, pelakon dan penyanyi popular - Pemergian pelakon dan penyanyi popular, Noreen Noor merupakan satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan selepas sebelum ini kita turut kehilangan Allahyarham seniman S. Shamsudin, seniwati Latifah Omar dan pelakon Maimon Mutalib.

Yang menariknya, status terakhir akaun Facebook Allahyarham amat menarik untuk dibaca kerana ianya menginsafkan setiap umat Islam yang masih belum bertaubat. Apapun, yang sudah pergi itu biarlah pergi dan bagi kita yang masih hidup seharusnya muhasabahkan diri.

Berikut ialah sedikit biodata Allahyarham Noreen Noor. Penyanyi lagu Siang Terbayang Malam Merindu itu disemadikan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka diiringi doa oleh semua pihak yang mengenalinya.

Nama Penuh : Noraine Mohd. Nor
Umur : 54 tahun
Asal : Lahir di Singapura dan dibesarkan di Melaka
Bapa : Allahyarham Mohd. Nor Ahad, pesara polis dari Singapura
Status Perkahwinan : Didakwa isteri kedua Datuk Khalid Mohd Jiwa
Zuriat : Danial Baharudin, 22, dan Diana, 11
Lagu Popular : Siang Terbayang Malam Merindu
Filem & Drama : Talak, Hantu Siang, Wira Angkasa, Pelumba Malam, Raya Tak Jadi
 

wife
---------
Siapa tidak kenal, penyanyi dan penghibur no 1 negara. Siti Nurhaliza kini terkenal dengan Gelaran Dato’ Siti. Bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 di sebuah majlis gilang gemilang sehingga perkahwinan mereka pernah dinobatkan sebagai Wedding Of The Year.
Siti Nurhaliza di majlis persandingan, cantik kan?

Terbaru pada 29 Mac 2012 digosipkan berkahwin pula dengan pelakon dan pengacara tv Rozita Che Wan. Walaubagaimana pun kedua-dua pihak menafikan berita tersebut dan sehingga kini berita tersebut ternyata hanyalah gosip semata-mata.. Biasalakan, dunia artis ni tak meriah kalau tiada gosip-gosip dan cerita-cerita hangat.
Ini gambar Datuk K dan Dato’ Siti. Bahagia walaupun sering diduga dengan gosip-gosip dan cerita yang tak betul. Apapun, artikel ini sekadar berkongsi cerita dan info tentang Datuk K. Semoga perkahwinan dengan Siti akan berkekalan hingga ke Syurga, Amin.

0 Response to "Eksklusif Kisah Isteri Dan Bekas IsteriDatuk K"

Post a Comment