Izara Tampil Membuat Penjelasan Isu Aksi Babak Berpelukan Terjawab.

Mengakui mulai rasa kurang selesa sejak membintangi filem ejoli lagi, Izara Aishah mengakui dia kini sudah meletakkan syarat dari segi soal pemakaian oleh kerana beberapa penampilan dirinya yang agak seksi dalam filem sebelum ini.
"Bila saya tonton semua lakonan saya dalam Sejoli, saya mula sedar dan berasa tidak selesa. Jadi sekarang saya letakkan syarat tidak mahu tampil dengan pemakaian yang terlalu "terdedah".
"Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi itu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula, saya tidak letak syarat apa-apa.
"Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batas," katanya yang turut menafikan kepada peminat bahawa dirinya sudah semakin sombong ketika ini kepada Malaysia Digest.

0 Response to "Izara Tampil Membuat Penjelasan Isu Aksi Babak Berpelukan Terjawab. "

Post a Comment