Amir Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, yang sering menggunakan tagline 'I'm Sorry' itu telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Nur Intan Syafinaz Shaari, 21, yang diadakan di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah semalam.
Mereka dinikahkan oleh jurunikah Masjid Kampung Kubu Gajah iaitu Mahmud Ahmad dengan hanya sekali lafaz. Syafinaz berwalikan bapa kandungan sendiri iaitu Shaari Sabri.
Di dalam tersebut, Shafinaz telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantarannya pula sebanyak RM13,000.
Untuk makluman, majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada hari ini manakala sebelah lelaki akan diadakan di tanah kelahiran Amir iaitu Kelantan pada 2 April depan.
Untuk rekod, Amir dan Syafinaz mengikat tali pertunangan mereka pada 13 Jun 2014.
0 Response to "14 GAMBAR - AMIR RAJA LAWAK KINI SAH SUAMI NUR INTAN SYAFINAZ "
Post a Comment