Kisah percintaannya dengan aktor, Kamal Adli seperti diketahui umum sudah pun menemui titik noktah. Tidak lama selepas itu, aktres cantik ini dikhbarkan sudah menemui pengganti dan gambar Intan Ladyana ketika bercuti ke itali bersama beberapa rakan termasuk lalaki tersebut dikatakan menjadi bukti bahawa hati Intan kembali terisi.
Namun takkan diusik media, baiklah dia akan mendirikan rumah taangga pada malam tayangan filem terbarunya, Abang Lejen, baru-baru ini,Intan menjawab itu dengan persoalan:" dah ada calon ke?" Justeru apabila ditanya tentang jejaka berkenaan, Intan dengan bersahaja menjelaskan bahawa semua itu hanya gosip sahaja.
"Kehidupan sekarang ini biasa sahaja. Buat masa ini belum ada jodoh lagi. Kisah itu? Itu hanya gosip sahaja. Tak baik buat gosip,"katanya sambil tersenyum. dalam pada itu, berkongsi pengalaman terbarunya, intan berkata, dia kini sedang bercuti dan hanya mempromosikan filem Abang Lejen.
"Sekali lagi, saya kembali berkerjasama dengan Farid Kamal dan Alhamdulillah tidak sukar mencari keserasian dengannya kerana kami sudah bertahun-tahun bekerja bersama.
"Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai Intan, seorang anak penghulu yang agak pentingkan diri sendiri dan meminati saudaranya yang dilakonkan oleh Farid, cabaran terbesar saya dalam filem ini adalah saya melakukan sendiri aksi lasak dengan mengantungkan diri di atas siling.
"Untuk babak tersebut, pihak produksi mengikat tali pada bahagian perut dan saya perlu turun naik beberapa kali dalam sehari dan kesiannya perut saya sakit selama dua hari. Selain itu, antara babak lain yang sukar adalah saya kena lipsync sambil menari ala tamil di taman dan tenaga panas selama beberapa jam," ujurnya.
0 Response to "Kembali Solo..?? "
Post a Comment