STACY BERPUASA
#Sebelum ini, pelbagai spekulasi yg melanda pasangan ini berkaitan agama. Apa pun, Akim Ahmad mengakui bahawa dirinya sudah bersedia utk memikul tanggungjawab mendidik Stacy utk mendalami Islam jika mereka disatukan kelak.
#“Dia (Stacy) sudah makin hampir ke arah itu (untuk memeluk agama Islam). Insya-Allah, utk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yg diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap & tahu akan batas-batasnya, yg penting niat kita sendiri,” jelasnya.
#Selain itu, Akim juga sempat berkongsi perancangan utk berkahwin sambil memberitahu mahu membeli rumah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
#“Kalau ada rezeki, saya mahu membeli sebuah rumah terlebih dahulu. Dapat rumah kecil pun tak apa yg penting, dapat berteduh bersama keluarga,” katanya yang dipetik menerusi portal Media Hiburan.....
0 Response to "STACY BERPUASA"
Post a Comment