SISWI DIBANTU ALLAH


#Menjadi viral dilaman sosial semalam kisah seorang pelajar IPTA bernama Rashidah yg berkongsi dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian pelik semasa berada di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) sewaktu dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.

#Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di kawasan Rehat & Rawat (RnR) Temerloh di mana dia telah berhenti disitu kerana pening kepala & lapar.

#Semasa berhenti di RnR tersebut dia telah didatangi oleh seorang wanita tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dgn membawa seorang anak kecil yg comel.

#Cerita Rashidah lagi, wanita tersebut duduk di depannya dgn mata beliau bengkak menangis.

#"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah hbis."

#Rashidah pada mulanya sangsi utk membantu wanita tersebut kerana banyakkan kes menipu sekarang ini dgn menggunakan taktik seperti itu & berfikir yg dia perlu menggunakan wangnya utk banyak urusan penting lagi seperti utk travel, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta memandangkan dalam dompetnya cuma ada RM100 lebih.

#"saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun & pergi dari situ."

#"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yg didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu & baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," menyebabkan Rashidah rasa amat bersalah.

#Beliau terus mengejar wanita tersebut dgn bagi semua duit yg ada di dalam dompetnya dgn bertawakal kalau tipu pun tipu lah.

#"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut & saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."

#Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.

#" Dek.. Kenapa letak duit dekat wiper.?"

#"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000."

#"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma" katanya terkejut sambil menyebut nama Allah.

0 Response to "SISWI DIBANTU ALLAH"

Post a Comment