RAJA FARAH KESUNYIAN


#Lama sudah tak mendengar cerita mengenai pelakon ‘Aku Masih Dara’ ni kan? Semenjak berkahwin dgn Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria kira-kira 4 tahun yg lalu, Raja Farah telah membuat keputusan utk mengurangkan aktiviti seninya.

#Malah, ada juga desas-desus yg mengatakan bahawa dia & suaminya berhijrah ke Kelantan semenjak Januari yg lalu semata-mata mahu mengelak orang ramai menghidu masalah rumahtangga mereka.

#Bagaimanapun, ketika ditemubual oleh Kosmo! Online, pelakon wanita berusia 26 tahun itu menafikan kontroversi bahawa rumahtangganya sdg bergolak.

#“Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian utk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian.

#Jadi, timbul idea utk saya kembali aktif semula berlakon & dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yg perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yg sudah berkahwin.

#Banyak konklusi boleh dibuat cuma apabila berkaitan peribadi saya lebih suka mendiamkan diri. Kami tiada sebarang masalah besar cuma biasalah kalau bergaduh manja.



#Saya akui, tahun lepas adalah waktu paling genting dlm hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Dia di Pulau Perhentian & saya pula sibuk dgn penggambaran program Rasa Halal Antarabangsa di luar negara.

#Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa. Dia balik ke Kuala Lumpur, saya pula terbang ke luar negara dan begitulah sebaliknya.

#Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu saya sahaja, kemudian timbul macam-macam andaian. Pinta saya, doakan yg terbaik utk kami sekeluarga.”

#Raja Farah juga menjelaskan bahawa keputusan dia & suami utk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan bukanlah utk menepis spekulasi yg timbul, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa utk suami. Bagaimanapun, mereka mungkin akn kembali menetap di Kuala Lumpur selepas ini..........

0 Response to "RAJA FARAH KESUNYIAN"

Post a Comment