RAHSIA RESTORAN DILANGGAR BAB1


#Cuba bayangkan anda sedang menikmati hidangan di sebuah restoran & secara tiba-tiba seekor babi hutan merempuh masuk kedai yg anda sedang makan.

#Kejadian yg berlaku di Kuantan ini bukan sahaja menyebabkan pelanggan bertempiaran melarikan diri, malah ada yg menyangka berlaku pergaduhan di restoran itu, pada 3 Jun lalu.

#Dalam kejadian 4 petang , babi hutan itu patah kaki & menjadi agresif sehingga tersesat di restoran berkenaan.

#Seorang pelanggan restoran yg mahu dikenali sebagai Faizul berkata, dia bersama seorang rakannya berada di restoran berkenaan utk makan sebelum dikejutkan bunyi bising & serentak dengan itu, puluhan pelanggan bertempiaran lari.

#Terkejut dengna perkara tersebut, dia & rakannya turut sama berbuat demikian kerana menyangka ada individu atau kumpulan yg bergaduh di dalam restoran berkenaan kerana bimbang akn dicederakan.



#“Bagaimanapun, rupa-rupanya babi hutan memasuki premis berkenaan. Pemilik restoran menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum mereka tiba kira-kira lima minit kemudian & berjaya menangkap haiwan liar itu yg berada di dapur,” katanya kepada Harian Metro.

#Sementara itu, pengurusan restoran berkenaan sudah melaksanakan proses Sertu bersama kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), hari ini.

#Proses Sertu iaitu menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah seperti anjing & babi dilakukan bagi memastikan kawasan persekitaran kedai makan terbabit bersih serta suci sekali gus mengembalikan keyakinan orang ramai.

#Ketua Unit Pengurusan Halal JAIP Noridzuan Abdul Manan berkata, proses berkenaan dilakukan bermula pada 10.30 pagi dengan dipantau oleh pihaknya bagi memastikan ia dilaksanakan dengan sempurna..........


0 Response to "RAHSIA RESTORAN DILANGGAR BAB1"

Post a Comment