NABIL SADO !
#Ramai yg terkejut dGn perubahan susuk tubuh Nabil Ahmad yang kini semakin sasa berikutan gambar tidak berbaju penghibur ini tersebar di laman sosial. Malah perkara tersebut juga menimbulkan pelbagai reaksi berbaur di kalangan peminatnya.
#“Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu”
#“Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dGn sengaja uTk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu,” katanya kepada mStar Online mengulas kembali mengenai gambarnya yg tersebar itu.
#Selain itu, Nabil juga mengakui dia telah menghabiskan wang kira-kira RM22,000 dLm tempoh dua bulan demi mendapatkan tubuh sasa itu yg mana banyak digunakan bagi membeli barangan penjagaan pemakanan hariannya.
#“Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg. Tujuan saya mahu mengubah imej adalah uTk meningkatkan keyakinan diri dLm bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan”
#” Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan utk melihat perubahan ini. Isteri saya juga mula bersenam selepas habis pantang bersalin. Kalau boleh, saya ingin menjadi contoh kepada masyarakat sebagai keluarga yang mengamalkan kehidupan yang sihat,” katanya lagi......
0 Response to "NABIL SADO !"
Post a Comment