DIANA RAFAR DAN ZAMARUL
Apa yang berlaku antara Zamarul dan Diana hanyalah berlaku sedikit faham apabila Diana lari dari rumah selepas pertengkaran yang berlaku antara keduanya. Selepas itu, Diana memfailkan dokumen penceraian selang 2-3 bulan selepas insiden itu berlaku.
Mereka sah bercerai selama 4 bulan dan Diana memberi ruang kepada Zamarul untuk penggantinya tetapi Zamarul tidak mengendahkan permintaan Diana. Diana sendiri akui SAHAMNYA sedikit menaik apabila ada sebilangan lelaki yang cuba mendekatinya. Tetapi, Diana masih tidak bersedia untuk bersama mana-mana lelaki selepas Zamarul. Dia mencari ketenangan dan bermuhasabah diri untuk mencari jawapan kepada dirinya apabila ditanya oleh anak-anak mengenai ayahnya apatah lagi raya semakin dekat.
Siapa sangka Zamarul masih menyayangi bekas isterinya dan cuba menangi hati Diana semula. Tambahan lagi, Zamarul banyak menyumbang dalam hal-hal rumahtangga dan bijak menguruskan keluarga. Cuma biasalah, mana ada keluarga tanpa pergaduhan kan? Cuma kita sendiri kena bijak mengawal amarah dalam pergaduhan supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti kisah Diana dan Zamarul ini. Semoga menjadi tauladan kepada anda semua. peace
0 Response to "DIANA RAFAR DAN ZAMARUL"
Post a Comment