AIDIL SENGKEK
#Pada perbicaraan baru-baru ini, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak mengakui dia hanya mampu beri RM20 sehari bagi perbelanjaan makan & minum berbanding jumlah RM50 seperti yang dituntut bekas isterinya, Rita Rudaini.
#Harian Metro melaporkan Mohamad Aidil berkata demikian di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam, ketika disoal peguam Syarie mewakili Rita selaku plaintif, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dlm perbicaraan kes tuntutan nafkah tertunggak dikemukakan pelakon terkenal itu.
#Dia berkata, jumlah RM20 itu adalah RM10 untuk belanja makan dan minum bagi tengah hari serta selebihnya untuk makan malam. Ketika disoal Mohd Zaidi mengenai kos perbelanjaan sarapan, minum petang & makan lewat malam dituntut bekas isterinya itu, Mohd Aidil (defendan) menjawab, dia jarang makan selain tengah hari dan malam.
#“Peruntukan perbelanjaan makan & minum bagi plaintif tidak melebihi RM1,000 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan yang dituntut,” katanya. Dia juga tidak bersetuju dgn cadangan Mohd Zaidi bahawa peruntukan RM43 sebagai perbelanjaan makanan harian utk bekas isterinya itu kerana ia di luar kemampuan dirinya.
#etika menjawab soalan Mohd Zaidi mengenai bil, terutamanya bila langganan Astro dituntut Rita, Mohamad Aidil berkata Astro itu bukan wajib dan seseorang itu tidak akan mati jika tidak menontonnya.
#Bagaimanapun, Mohamad Aidil mengakui dia tidak pernah menyuruh Rita membatalkan langganan bulanan Astro berkenaan.
#Selain itu, Mohamad Aidil dlm keterangan afidavit bertulis memberitahu mahkamah dia ada mengajak Rita berpindah keluar ke rumah yang disediakan bekas majikannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun plaintif enggan dengan alasan ia bukan rumah kelamin mereka.
#Hakim Syarie, Mawardi Che Man kemudian menetapkan 14 September sebagai tarikh utk sambung semula perbicaraan kes.....
0 Response to "AIDIL SENGKEK"
Post a Comment