AC MIZAL MINUM AIR PAIP
#Setiap manusia yg berjaya pasti ada kisah silam, kisah keperitan & kisah kesusahan yg menjadi pendorong kpd kejayaan. Satu ketika dahulu pernah popular dgn kumpulan 4U2c, kemudian jatuh terduduk merana & kini kembali popular dalam bidang pengacaraan, Datuk AC Mizal adalah contoh selebriti yg berusaha keras sehingga mencapai kejayaan yg dikecapi hari ini. Kesemua ini ditunjangi dgn kehadiran isteri tercinta, Datin Emylia Rosnaida di sisi....
#Abang Nara tertarik dgn salah satu cerita ketika zaman susah Datuk AC Mizal. Selain terpaksa bekerja di kedai menjual kereta terpakai, AC juga pernah hanya meneguk air paip utk mengikat perut demi mahu membayar bil bersalin isterinya yg sedang hamil anak pertama. Kata AC:-
#Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan & saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nk kumpul duit utk bayar bil bersalin. Pada mulanya, doktor beritahu isteri akn bersalin normal, entah macam mana Emylia prlu dibedah. Ketika itu, saya mmg kusut & runsing sebab duit hanya cukup utk menjelaskan bil bersalin normal.
#Saya mmg tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hndak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 utk kos bersalin. Apabila doktor cakap perlu dibedah, saya mmg tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit.
Ini kerana kawan-kawan yg rapat dgn saya semuanya menghilangkan diri. Mujurlah ada seorang hamba Allah yg sudi pinjamkan duit disebabkan saya tidak cukup RM800 utk membayar bil hospital.
Sejak itu, setiap rezeki yg datang saya tak pernah tolak. Duit yg masuk, sama ada sikit atau banyak, saya simpan betul-betul demi keluarga.
#Terasa bergenang air mata membaca kisah Datuk AC Mizal. Hasilnya, AC kini sudah pn memiliki stesen radio sendiri stesen radio televisyen (TV) online, PeaceYall FM. Abang Nara juga turut tertarik dgn tips-tips & kata-kata nasihat daripada isteri AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida. Kata Emylia:-
Utk kekalkan rumah tangga, sebagai isteri kena faham dgn suami, jangan cemburu tak tentu pasal & banyak berbincang seperti kawan baik. Apabila jadi kawan baik, kita akn berbincang & berkongsi bersama.
#Kalau ada benda-benda yg membuat kita berkecil hati, jgn cepat melenting, sebaliknya, kita berbincang. Cakap elok-elok kalau ada benda yg membuatkan kita terasa, jadi, suami akn faham.
Kehidupan kami mmg susah dulu. Tetapi, saya tidak pernah menyalahkan AC, sebaliknya saya memberi sokongan & dorongan dalam apa saja yg dilakukannya.
#Apa yg kami miliki sekarang adalah berkat usaha & kesabaran AC dlm mencari peluang yg ada. Saya bahagia & selesa dgn tugas serta tanggungjawab saya sebagai isteri & ibu kepada anak-anak kami............
0 Response to "AC MIZAL MINUM AIR PAIP"
Post a Comment